Terma & Syarat

Syarat-syarat
  • Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Anda mestilah berwarganegara Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia.
  • Hanya yang bujang, duda atau ibu tunggal sahaja dibenarkan menjadi ahli JodohStreet.com. Mereka yang sudah berkahwin yang ingin untuk berpoligami tidak dibenarkan menjadi ahli JodohStreet.com.
Jaminan
  • Nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon atau handphone dan alamat email yang anda masukkan adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak. Data tersebut adalah untuk kegunaan pihak JodohStreet.com.
  • Maklumat peribadi lain yang anda masukkan hanyalah terhad dikalangan pengguna JodohStreet.com sahaja kecuali gambar profil, nama samaran, umur, status perkahwinan, berat, tinggi, asal dan pekerjaan.
Penafian
  • Pihak JodohStreet.com tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang penipuan, penyalahgunaan atau perbuatan pengguna lain yang menyebabkan kerugian kepada anda.
  • Segala pembayaran yang dibuat oleh pengguna kepada JodohStreet.com tidak akan dipulangkan kembali.
  • Segala maklumat yang dimasukkan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
  • Walaupun pihak kami menyemak setiap profil ahli sebelum ianya dipaparkan di senarai calon bagi mengelakkan penipuan maklumat, namun kami tidak menjamin semua maklumat yang dinyatakan dalam profil calon adalah benar. Anda perlu menyelidik calon yang anda ingini untuk dijadikan pasangan hidup dengan cara anda sendiri bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Amaran
  • Sekiranya maklumat yang anda masukkan adalah tidak releven, tidak logik, atau disyaki tidak benar, pihak JodohStreet.com berhak menyekat atau memadam akaun anda tanpa sebarang pemberitahuan dan anda akan disenaraihitam.
  • Sekiranya kami menerima aduan bahawa anda telah melakukan salahlaku seperti penipuan, melakukan sebarang bentuk gangguan kepada ahli lain dsb, maka akaun anda akan ditutup dan disenarai hitam tanpa sebarang pemberitahuan. 
  • Pihak JodohStreet.com berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati membuat penipuan maklumat dalam profil.


Profil akan dipaparkan di laman Senarai Calon dalam masa 24 jam selepas pendaftaran bagi pihak Admin membuat semakan