Dasar Privasi

Dasar Privasi


Kami, ESBE Management and Services (Nombor Pendaftaran Syarikat: SA0560948-X), menghormati privasi individu berhubung dengan data peribadi dan amat komited untuk melindungi privasi pengguna/pelanggan tetap/pelanggan kami (secara kolektif dikenali sebagai “Pengguna”), dan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pengalaman yang selamat dan terjamin kepada pengguna. Dasar privasi ini dirumus selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut"), yang menerangkan bagaimana maklumat anda (“Data Peribadi”) dikumpul dan digunakan dan pilihan anda yang berkaitan dengan Data Peribadi anda. Sebagai penjelasan mutlak, sebarang rujukan 'kami', yang digunakan dalam Dasar Privasi ini akan melibatkan mana-mana anggota ESBE Management and Services. Amalan pengumpulan dan penyebaran maklumat kami bagi laman web ini, JodohStreet.com, (“Laman Web”), dan sebarang perkara yang berkaitan dengan penggunaan, atau pelangganan, atau pembelian sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh ESBE Management and Services.


1. Maklumat yang dikumpul

Pelayan web kami tidak akan secara automatik mengenali maklumat khusus tentang Pengguna individu di laman kami. Di samping itu, pelayan web kami tidak akan secara automatik merekodkan maklumat peribadi Pengguna kecuali Pengguna memberikannya.

Kami mengumpul maklumat tentang Pengguna semasa proses pendaftaran atau menerusi penyertaan aktiviti tertentu. Apabila anda mendaftar untuk menjadi ahli dalam laman web kami atau meminta halaman daripada pelayan kami atau apa-apa aktiviti lain, pelayan kami akan secara automatik mengumpul maklumat yang anda berikan.

Maklumat yang diberikan oleh Pengguna melalui proses pendaftaran, tinjauan, borang penyertaan peraduan, tinjauan pendapat ataupun saluran sah yang lain digunakan untuk tujuan suai kenal oleh Pengguna lain, untuk urusan mentadbir laman web, mempertingkatkan kandungan laman web kami, atau bagi tujuan pemasaran . Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan perdagangan kecuali dinyatakan secara khusus.


2. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami secara sukarela di laman web kami dan saluran yang berkaitan mungkin diproses dan/atau didedahkan kepada Vendor (selepas ini dirujuk) bagi tujuan berikut (secara kolektif, "Tujuan"):

  • untuk mengurus, mengenalpasti dan mengesahkan transaksi bersama anda;
  • untuk menguruskan dan mengenalpasti keahlian anda (jika berkenaan);
  • untuk melakukan pemasaran produk dan/atau perkhidmatan kami secara langsung kepada anda;
  • untuk memahami dan menganalisis penjualan kami dan keperluan dan pilihan anda;
  • untuk membangunkan, mempertingkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
  • untuk membolehkan anda menyertai promosi dan peraduan;
  • untuk memperbaiki perkhidmatan kami;
  • untuk membalas permintaan atau aduan anda.
  • untuk memberikan maklumat mengenai produk , berita dan perkembangan terkini, serta ganjaran dan promosi, keistimewaan dan inisiatif yang ditawarkan oleh kami;
  • untuk memproses transaksi pembayaran anda;
  • untuk mematuhi sebarang peraturan, kanun atau undang-undang sah yang dikuatkuasakan ke atas kami oleh pihak berkuasa yang berkaitan.


3. Penggunaan dan Pendedahan

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dalam anggota ESBE Management and Services dan/atau Vendor (selepas ini dirujuk) bagi Tujuan tertentu dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di sini.

Kami bertanggungjawab terhadap Data Peribadi di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang didedahkan oleh kami kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data dan pihak ketiga penyedia perkhidmatan). "Vendor" dalam Dasar Privasi ini bermaksud, berhubung dengan Data Peribadi, mana-mana orang atau entiti (melainkan pekerja kami sendiri) yang memproses Data Peribadi bagi pihak kami dan/atau pihak ketiga penyedia perkhidmatan kepada kami. "Pemprosesan", berhubung dengan Data Peribadi bermaksud misalnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Data Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi dan/atau menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada kami.

Kami mengambil segala langkah untuk menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk melindungi Data Peribadi anda sekiranya maklumat tersebut diproses oleh Vendor.

Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat diagregat yang tidak dapat mengenal pasti individu secara peribadi yang dikumpul melalui Laman Web ini sebagai sebahagian daripada proses organisasi kami demi mempertingkatkan kualiti Laman Web dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.


4. Kesan Jika Data Peribadi Tidak Diberikan

Sila ambil maklum bahawa sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami didapati tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan anda untuk sebarang Tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau permintaan anda untuk melihat sesetengah maklumat di Laman Web ini, atau penggunaan, atau langganan, atau pembelian sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami mungkin ditolak atau terjejas.


5. Penyimpanan dan Pemegangan Data Peribadi

Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak dan/atau salinan tidak dicetak di pejabat kami dan/atau dalam pelayan web yang terletak di Malaysia. Data Peribadi anda mungkin perlu dipindahkan ke penyedia perkhidmatan iaitu pihak ketiga yang beroperasi/terletak di dalam Malaysia. Dengan penggunaan secara berterusan Laman Web, produk dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh kami, anda memberi persetujuan terhadap perpindahan sedemikian.

Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan selama mana yang diperlukan oleh kami untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam perenggan (2) di atas atau selama mana yang diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang kawal selia, perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami.

Kecuali seperti yang diterangkan dalam perenggan (15), kami tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian untuk anda memadamkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami.


6. Bagaimana E-mel dan pesanan 'Hubungi Kami' dikendalikan

Kami mungkin menyimpan kandungan sebarang e-mel atau pesanan "Hubungi Kami" atau pesanan elektronik lain yang kami terima.

Sebarang Data Peribadi yang terkandung dalam pesanan tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan menurut cara yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini.

Kandungan pesanan anda mungkin dipantau oleh penyedia perkhidmatan atau pekerja kami bagi tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan, pengauditan dan penyenggaraan atau jika kami mengesyaki penyalahgunaan e-mel.


7. Komunikasi atau Penggunaan Data Peribadi

Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi untuk mengakses Laman Web ini, dan/atau mana-mana laman web yang dioperasi dan/atau diuruskan oleh kami, data komunikasi (contohnya alamat IP) atau data penggunaan (contohnya maklumat tentang permulaan, penamatan dan tahap/skop bagi setiap akses, dan maklumat tentang perkhidmatan telekomunikasi yang diakses oleh anda) akan dijana secara teknikal dan mungkin berkait dengan Data Peribadi anda.

Setakat mana terdapat keperluan yang mendesak, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau penggunaan data anda akan berlaku dan ia akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang perlindungan privasi data yang berkuat kuasa.


8. Pengumpulan Automatik Data yang Tidak Boleh Dikenal pasti

Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi untuk mengakses Laman Web ini, dan/atau mana-mana laman web yang dioperasi dan/atau diuruskan oleh kami, data komunikasi (contohnya alamat IP) atau data penggunaan (contohnya maklumat tentang permulaan, penamatan dan tahap/skop bagi setiap akses, dan maklumat tentang perkhidmatan telekomunikasi yang diakses oleh anda) akan dijana secara teknikal dan mungkin berkait dengan Data PeribadiApabila anda mengakses laman web dan/atau menggunakan sebarang produk/perkhidmatan yang ditawarkan, kami boleh secara automatik (iaitu, bukan melalui pendaftaran) mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data yang tidak boleh dikenal pasti termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai ‘internet browser’ anda dan sistem pengendalian, nama domain laman web dari mana anda layari, jumlah melayarinya, purata masa yang dihabiskan di laman web, dan halaman yang dilihat.

Kami boleh menggunakan dan mendedahkan data yang tidak boleh dikenal pasti ini dan berkongsinya di antara kami dan/atau pihak ketiga untuk antara lain; memantau daya tarikan laman web dan memperbaiki prestasi/produk/perkhidmatan kami/kandungan pada agregat, pengecaman tanpa nama dan data tidak boleh dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa maklumat ini tidak bertujuan untuk digunakan secara peribadi dalam usaha mengenal pasti identiti anda. anda.

Setakat mana terdapat keperluan yang mendesak, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau penggunaan data anda akan berlaku dan ia akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang perlindungan privasi data yang berkuat kuasa.


9. Kerahsiaan

Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari masa ke semasa.

Sebarang soalan, komen, cadangan atau maklumat melainkan Data Peribadi yang dihantar atau dimasukkan ke Laman Web ini, atau mana-mana bahagian oleh pengguna akan dianggap diberikan secara sukarela kepada kami atas dasar bukan sulit dan bukan keempunyaan.

Kami juga berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan dan/atau menyiarkan maklumat secara bebas tanpa rujukan lanjut kepada anda.


10. Keselamatan

Laman Web kami mempunyai langkah keselamatan untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan dan pindaan maklumat di bawah kawalan kami. Apabila Pengguna diminta menyediakan maklumat kad kredit beliau, kami menyediakan persekitaran yang selamat menerusi sistem rakan niaga kami (menggunakan protokol yang standard bagi industri) bagi tujuan ini.

Malangnya, sebarang penghantaran data melalui Internet tidak dapat dijamin selamat. Jadi meskipun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi tersebut, kami tidak boleh memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada kami dan individu melakukannya atas risiko mereka sendiri. Sebaik sahaja sebarang Data Peribadi menjadi milikan kami, kami akan mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat tersebut daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, modifikasi atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Nama pengguna dan kata laluan mungkin diperlukan untuk anda menggunakan bahagian-bahagian tertentu dalam Laman Web ini. Untuk perlindungan anda sendiri, kami menghendaki anda merahsiakan nama pengguna dan kata laluan ini dan secara kerap mengubah kata laluan anda (jika diperlukan).


11. Hak Akses kepada Data Peribadi

Anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami melalui akaun profile anda dan boleh membetulkan dan mengemaskini Data Peribadi anda pada bila-bila masa. Pengguna lain juga mempunyai hak membuka profile peribadi anda setelah mereka membuat bayaran yang ditetapkan melalui pembelian kredit jika mereka ingin membuka profile kecuali data nombor kad pengenalan, alamat rumah dan alamat e-mel. Pengguna yang tidak mahu maklumat mereka dikongsi atau di lihat oleh Pengguna laman web kami, boleh memilih untuk tidak melengkapkan pendaftaran.Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini, anda boleh menghantar permintaan anda secara emel kepada:


12. Perubahan pada Dasar Privasi

Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari masa ke semasa tanpa notis terdahulu. Sebarang perubahan Dasar Privasi akan dimuatnaik ke atas Laman Web ini dan oleh itu, kami menasihati anda supaya menyemak/melawat Laman Web ini dari masa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan.