Tentang Kami
JodohStreet.com adalah laman web yang menyediakan kemudahan untuk pengguna mencari pasangan hidup secara online. Kami mempunyai calon-calon bagi komuniti Islam dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
- Since 2017 -
- Since 2017 -
Kelebihan JodohStreet
Pendaftaran untuk menjadi ahli adalah percuma, cepat dan sangat mudah.
Menyediakan profile lengkap calon. Ahli yang mendaftar boleh menghubungi terus calon pasangan untuk berkenalan melalui nombor whatsapp yang terdapat dalam profile ahli.
Setiap profil ahli yang berdaftar dengan kami akan disemak secara manual bagi mengelakkan penipuan. Profil ahli yang didapati ada penipuan akan disekat dan disenaraihitam. (Semakan tertakluk pada warga Malaysia sahaja).
Profil ahli akan dirahsiakan dan hanya boleh dilihat oleh ahli yang berdaftar yang membeli kredit sahaja.
Ahli yang ingin melihat profile lengkap ahli lain perlu menggunakan kredit. 1 kredit untuk melihat 1 profile. Kredit tiada tarikh luput dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Untuk membeli kredit, sila klik ke Pakej/Beli Pakej.
Ahli berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.
Didalam profile ahli terdapat ruangan untuk membuat aduan terhadap ahli lain jika berlaku sebarang gangguan, penipuan dan sebagainya. Klik pada 'Report' dan isi kenyataan diruangan yang disediakan. Pihak kami akan membuat tindakan yang sewajarnya.
Ahli boleh menutup akaun sendiri pada bila-bila masa. Didalam profile akaun ahli terdapat butang untuk 'deactivate' akaun. Selepas 'deactive' akaun, ahli boleh mengaktifkan semula akaun dengan log masuk dan klik 'activate'.
Terma & Syarat kepada ahli JodohStreet.com:
Syarat-syarat:
Jaminan
Penafian
Amaran
- Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Anda mestilah berwarganegara Malaysia, Singapura, Brunei atau Singapura.
- Hanya yang bujang, duda atau ibu tunggal sahaja yang dibenarkan menjadi ahli JodohStreet.com. Mereka yang sudah berkahwin yang ingin berpoligami tidak dibenarkan menjadi ahli JodohStreet.com.
Jaminan
- Nombor kad pengenalan, alamat rumah dan alamat email yang anda masukkan adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak. Data tersebut adalah untuk kegunaan JodohStreet.com sahaja.
- Maklumat peribadi lain yang anda masukkan hanyalah terhad kepada pengguna JodohStreet.com sahaja kecuali gambar profil, nama samaran, umur, berat, tinggi dan pekerjaan.
Penafian
- JodohStreet.com tiada jaminan bahawa pengguna akan berjaya bertemu jodoh dari laman web ini kerana kejayaan bertemu jodoh adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Antara faktor utama yang memberi kejayaan kepada pengguna untuk bertemu jodoh adalah cara berkomunikasi yang baik dan cara penampilan diri yang positif.
- JodohStreet.com tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang penipuan, penyalahgunaan atau perbuatan pengguna lain yang menyebabkan kerugian kepada anda.
- Segala pembayaran yang dibuat oleh pengguna kepada JodohStreet.com tidak akan dipulangkan kembali.
- Walaupun pihak JodohStreet.com menyemak setiap profil ahli bagi mengelakkan penipuan maklumat, namun kami tidak menjamin semua maklumat yang dinyatakan dalam profil ahli adalah benar.
Amaran
- Sekiranya maklumat yang anda masukkan dalam profil anda adalah tidak relevan, tidak logik, atau disyaki tidak benar, pihak JodohStreet.com berhak menyekat atau memadam akaun anda tanpa sebarang pemberitahuan dan anda akan disenaraihitam.
- Pihak JodohStreet.com berhak menutup akaun dan menyenaraihitam ahli tanpa sebarang pemberitahuan sekiranya menerima aduan dari ahli lain tentang salahlaku yang dilakukan seperti penipuan dan/atau sebarang bentuk gangguan. Kami tidak akan mengembalikan wang atau kredit yang telah anda beli/bayar.
- Pihak JodohStreet.com berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati membuat penipuan maklumat dalam profile.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Admin kami di
WhatsApp : 018- 778 4530
Dimiliki oleh:
ESBE Management and Services
No. 34 Jalan Molek 28,
Taman Molek, 81750 Johor Bahru, Johor.
Dimiliki oleh:
ESBE Management and Services
No. 34 Jalan Molek 28,
Taman Molek, 81750 Johor Bahru, Johor.